BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SINDARELLA-DEALOVA

Friday, August 13, 2010

MOTO HILANG



Tanggal 8hb 8 2010, jam 7.15pm, bertempat dia Nona Bandar Sunway.

Berlaku satu kejutan dlm hidup aku yang xpenah aku alami.
Keluar je dari kedai bunga nona tu motosikal 135LC xda dekat tempat parking.
Cuma yg ada baju sejuk je atas jalanraya. Satu perasaan yg aku xkan lupakan,
Membeli persiapan tuk perkahwinan. tetiba terima satu kejutan.

Aku telefon paksu n adik aku supaya datang ambik aku n tunang aku.
dan kami wat report di Balai Polis Seberang Jaya. Selepas wat report di sana kami dia arahkan pergi ke Balai Polis Bandar Perda untuk menyerahkan siasatan tu pada pegawai disana. Moto ex5 aku bagi tunang aku guna wat sementara untuk pergi keje. aku sampai umah lebih kurang kul 10.00mlm.

Tanggal 9hb 8 2010, sungguh letih. Aku terpaksa g minta salinan geran moto n insuran tuk melengkapkan report aku. di sebabkan moto aku wat pinjaman AEON CREDIT so aku terpaksa plak g ke chai leng park tuk ambik geran moto di sana. Lepas tu terpaksa g kedai moto balik ambik insuran plak. Dua kali juga lew ulang alik g balai.Satu ari juga lew aku x keje.

10hb 8 2010 aku antaq adik aku g keje dulu dlm kul 8.15am lepas tu baru aku g keje. lbih kurang dlm kul 9 juga lew aku sampai kilang. Balik awai sebab xleh nk wat ot. nak g ambik adik aku kat kilang dia lak kat lunas.

11hb 8 2010. kul 1.15am aku terima mesej dr satu nombor yg x kenai, moto yg ilang tu telah di temui dlm keadaan x sempurna. n aku ambik keputusan aku nk g tgk moto tu. so aku telefon no tu n tnya moto da kat mana. so pg tu kami g ke Balai Polis Sg Dua. Moto tu di buang di tepi tali air di Pokok Sena. Tapi rasanya still leh guna cuma tayar n sport rim je xda.

Xpa lew nk wat mcm mana. Tuhan tu turun kan sedikit dugaan tuk kita beringat. Benda yg kita sayang ilang sekelip mata. cuba bayangkan. payah dapat lak tu. Apa pun Alhamdulillah. semuanya atas izin Allah.

Tuesday, May 25, 2010

bERJAYA JUGA AKHIRNYA

aKHIR nYA, bERJAYA jUGA aKU mENYIAPKAN bLOG iNI

kUNUN mASA mENCEMBURUI aKU. tU pASAI xSEMPAT nAK wAT bLOG nI.
jAP jE pUN. aDDDDEEEEESSSSS

RENUNG SEJENAK


Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.

"Dia menjadikan malam memasuki ke dalam siang, dan menjadikan siang memasuki ke dalam malam.
Dia mengetahui apa yang di dalam dada."

"Apa, tidakkah mereka merenungkan bagaimana unta diciptakan?"

"Persamaan orang-orang yang mengambil untuk mereka wali-wali, selain daripada Allah,
ialah seperti persamaan labah-labah betina yang mengambil untuknya sebuah rumah;
dan sesungguhnya yang paling lemah antara rumah-rumah ialah rumah labah-labah betina, jika mereka mengetahui."

"Tidakkah kamu melihat bagaimana segala yang di langit dan di bumi menyanjung Allah,
dan burung-burung mengembangkan sayap-sayap mereka? Masing-masing -
Dia mengetahui solatnya, dan sanjungannya"

"Dan sekiranya Kami menghendaki, tentu Kami menaikkan dia dengannya, tetapi dia cenderung kepada bumi, dan mengikuti keinginannya. Maka persamaannya seperti persamaan seekor anjing: jika kamu menghalaunya, ia menjulurkan lidahnya, atau jika kamu membiarkannya, ia menjulurkan lidahnya juga. Itulah persamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah ceritanya supaya mereka memikirkan."

"Kami memberikan mereka ayat-ayat Kami, tetapi mereka berpaling daripadanya.
Mereka memahat gunung-gunung menjadi rumah-rumah yang aman. Dan Teriakan mengambil mereka
pada waktu pagi."

"Dia yang menundukkan untuk kamu laut, supaya kamu makan daripadanya daging yang segar, dan mengeluarkan daripadanya perhiasan-perhiasan untuk kamu pakai; dan supaya kamu melihat kapal-kapal membelahinya; dan supaya kamu mencari pemberian-Nya, dan supaya kamu berterima kasih."

"Dan orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin, adalah wali-wali (sahabat-sahabat) satu sama lain; mereka menyuruh yang baik, dan melarang kemungkaran;
mereka melakukan solat, dan memberikan zakat, dan mereka mentaati Allah dan rasul-Nya.
Mereka itu, kepada mereka Allah mengasihani; sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana."

"Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa Dia menciptakan untuk kamu, daripada diri-diri kamu sendiri, teman-teman hidup, supaya kamu berehat pada mereka, dan Dia mengadakan antara kamu, cinta dan pengasihan. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan."

"Wahai manusia, Kami mencipta kamu lelaki dan perempuan, dan membuat kamu berbangsa-bangsa, dan bersuku-suku, supaya kamu mengenali satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Menyedari."

"Wahai manusia, takutilah Pemelihara kamu Yang mencipta kamu daripada jiwa yang satu, dan daripadanya Dia menciptakan pasangannya, dan daripada keduanya, ditaburkan di merata-rata banyak lelaki dan perempuan"

"Dan janganlah mendekati zina; sesungguhnya ia satu kesumbangan, dan jalan yang jahat"